25 June 2012



Tok tok tok! “Assalamualaikum.” Sedang asyik memasak di dapur, Ammar dikejutkan dengan ketukkan di muka pintu.
“Ish, siapa pula yang datang pagi-pagi ni.” Bisik hati kecil Ammar.
Sebelum membuka pintu, Ammar mengintai siapakah gerangan orang yang datang ke rumahnya pada hari minggu ini melalui tingkap di sebelah pintu.
“Hujung minggu macam ni orang nak berehat la.” Detik hati kecil Ammar yang geram dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang.
Melihat saja kelibat tetamu di hadapan rumah, Ammar terkejut. Terus dipandang kalender di dinding. 1 Ogos 2011. Tarikh yang dibulatkan.
“Alamak! Lupa. Cikgu Umayr dah kata nak datang hari ni. Macam mana boleh lupa ni?”
Ammar memerhati keadaan rumahnya. Di ruang tamu baju bersepah-sepah, surat khabar merata-rata, pinggan mangkuk tak terbasuh, dapur yang penuh dengan percikan sambal nasi lemaknya.
Kelam kabut Ammar mengemaskan rumah yang tidak teratur. Kedatangan Cikgu Umayr bukanlah kedatangan mengejut. Kedatangannya telah diberitahu 2 bulan yang lalu. Tapi disebabkan Ammar terlalu sibuk dengan kehidupan diri-sendiri, terlupa dengan kedatangan tetamu yang penting ini. Dan sekarang Ammar dalam keadaan yang masih belum bersedia untuk menyambutnya.
Begitulah juga dengan Ramadhan. Kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini telah diketahui setahun yang lalu. Dan Ramadhan bukanlah calang-calang tetamu yang bakal bertandang ke rumah, bahkan Ramadhan adalah kekasih yang sentiasa dirindui dalam doa.
“Allahumma balighna Ramadhan,” Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan.
Tapi bagaimana dengan persiapan kita? Adakah seperti Ammar? Bimbang nanti kedatangan tetamu ini hanya berakhir dengan kepulangan yang hampa.
Tetamu sudah hampir sampai. Tiba masanya untuk kita bersedia. Bersedia menghiaskan rumah kita dengan penuh keindahan sepanjang tempoh tetamu yang dirindui bertandang.
Hiasilah dengan qiamullail, inilah saat untuk kita berdua-duaan dengan Sang Pencipta dalam kesayuan bulan Ramadhan.
Hiasilah dengan bangun sahur walaupun dengan hanya seteguk air , yang di dalamnya terkandung rahsia keberkatan Ilahi.
Hiasilah dengan solat berjemaah, biar sama-sama merasa kekuatan sebuah ikatan ukhuwwah fillah.
Hiasilah dengan tadarrus Al-Quran, agar basahan ayat-ayat cintaNya bertaut di hati yang kusam.
Hiasilah dengan iftar bersama sahabat-sahabat, pasti kemanisan berbuka puasa akan lebih terasa.
Hiasilah juga dengan solat-solat sunat, untuk kita sama-sama mengejar pahala yang berganda-ganda nilainya.
Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam. Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.

Oleh,
Huriyyatun Najla’
Media ISMA SA

21 June 2012

~Istikharah Cinta~Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Ustaz Don Daniyal : Anak Aset ke Syurga atau neraka


Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redha_Nya ,bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka.Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,Nilai kembali niatmu,masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,aku mohon agar kau sandarkan niatmu,kepada yg menentukan ,aku pinta agar kau sentiasa dalam Istikharah,agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Sekiranya kau pilih aku menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah ,tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan Istana di akhirat sana,Berikan aku jaminan,Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha_Nya.

Sekiranya kau pilih aku dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,Ketahuilah,aku akan memilihmu kerana_Nya.
Saat itu apabila aku tertanya-tanya,kenapa kau memilih aku,Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana_NYA”

" Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.

"Ya Allah, aku serahkan hatiku pada_Mu.. Jaga hatiku dan kembalikanlah padaku hanya bila Kau mengatakan bahawa dia lah yang terbaik untuk aku serahkan hatiku padanya...

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Melindungi dan Maha Memelihara...Peliharakanlah hatiku agar aku tidak salah dalam melabuhkan cintaku.. Dan bila aku menemui orang itu, tunjukkanlah aku jalan yang meyakinkanku bahawa dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan untukku...bimbinglah aku agar rasa cintaku padanya tidak akan pernah berunsurkan nafsu semata dan agar cintaku sentiasa berada di landasan yang benar, mencintai untuk mendapatkan redha_Mu .

Ya Allah... Ya Rabbal Alamin, jika cinta ini memang bukanlah dari_Mu, dan bukanlah yg telah Engkau pilihkan untukku, maka jagalah hatiku dari tergoda, agar sisi putihnya hati dapat melihat isyarat itu dan terjaga diri ini dari sakit, kecewa dan cinta yg berlebih kerana hadirnya.

Jagalah hati ini agar hanya tertaut kepada cinta yg terpaut pada_Mu, berharap cinta ini tertawan, oleh yang hatinya telah tertanam untuk mencintai_Mu, kudambakan rindu yang hadir menyapa, hanya kepada insan yang merindukan sujud kepada_Mu.

Secuil fitrah cinta ini tak pernah mampu menerima cinta_Mu, meski sebesar zarrah. Maka biarkan cinta ini hanya berlabuh kepada cinta yang Engkau pilih dan halalkan untukku. Sesungguhnya hanya pada_Mu ku berserah..

Aamiin Ya Rabbal'Alamin .

19 June 2012

Aurat Wanita

Aurat wanita
Aku berpakaian seperti ustazah. bukan kerana aku mahu menunjuk yg diriku alim..
Aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah.. aku mahu menjaga aurat..
pernah juga ada orang tanya aku " kau ni mesti sokong PAS kan?"
aku tnya balik.. "apsal ko kata aku sokong PAS?"
dia jawab... " ni..ko pakai tudung labuh, mesti sokong PAS"
alahai... otak ko ni..mesti dekat lutut kan...
hmmm..
pernah juga aku dikutuk.. dikatakan kelihatan selekeh..sebab bertudung labuh, baju yg besar dan longgar..siap berstokin..
masa tu... aku cuma jawab "haah.. mmg selekeh pon"
ikutkan hati.. mmg sedih..sebab dia memperlekehkan aku..
tapi..ada perkara yg lebih menyedihkan aku..
aku sedih..sebab... dia... sebagai seorang wanita islam.. langsung tidak memikirkan tanggungjawab sebagai hambaNYA..
dia bangga.. dirinya berpakaian yg serba cantik.. (malangnya..tidak menutup aurat sepenuhnya)
dia bangga.. wajahnya cantik..dengan mekap yg tebal 3 inci.. (malangnya..dia tidak sedar, ia buat semua tu bukan untuk menarik perhatian suaminya seorang..tetapi utk kelihatan cantik dan menarik perhatian pada mata org lain..)
dia bangga..mempunyai anak gadis yang cantik.. diajarkan.. ttg fesyen terkini.. diajar untuk mendedahkan aurat.. membiarkan anaknya terbuai dengan hiburan dunia semata-mata..malah bangga.. kerana anaknya memiliki teman lelaki yg sanggup membawa anaknya ke mana sahaja..
Katakanlah apa sahaja yg ingin kamu banggakan.. katakan saja apa yg ingin kamu memperlekehkan ttg diriku...
Kerana.. apa yg penting dalam hidupku ialah mendapatkan keredhaan Allah swt.
Aku hanya mahu taubatku diterima, segala amalanku diterima..
Aku mahu segala dosaku diampunkan olehNYA sebelum mataku terpejam, nafasku terhenti, tubuhku kaku.. 
~SEKADAR RENUNGAN~ T______T 

18 June 2012

Sebarkan Bahagia~~~~

Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia


FATIMAH SYARHA
http://sebarkanbahagia.blogspot.com/