27 August 2010

AKU NK JADI ORANG


 
Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham dengan kata-kata ayahnya. Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah, inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu, Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak. Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.

Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh cinta kepada Islam dan Penciptanya.

 
Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.

www.iluvislam.com
Oleh : sebaik2nikmat
Editor : almusafirq

NIKAH....renungkan

Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;
Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.
Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.
Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.
Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.
Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.
Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.

Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.

Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

SAYANG KAWAN PEREMPUAN, TINGGAL-TINGGALKAN

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL**

"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
 
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
 

**** PENONTON TERCENGANG! ****
 

"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
 
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
 
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
 
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
 
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
 
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
 
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
 
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
 
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
 

**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
 
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
 
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
 
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
 
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

 
**** BLACKOUT, TUTUP TV ****
 
 
 
 
 
 

20 August 2010

KITA BERBEZA DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.


"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.


Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.


"Hilwah... kau marah?"


Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."


"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional?


Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!


"Maksudmu?"


Aku memerhatikan gelagat beberapa orang AJK seminar yang gesit berpergian ke sana ke mari. Sibuk mengurus bahan-bahan untuk pembentangan kertas kerja sesi petang. "Ya, dari sudut material, mungkin. Atau stratifikasi kelas profesional. Jika dari sudut itu, aku akui. Tetapi tidak jika kau katakan profesion guru itu serendah-rendah kerjaya dari aspek khidmat bakti, budi, hatta martabatnya di sisi Tuhan."


Dia terlongo. Kemudian perlahan-lahan menguntum senyum. "Kau sebenarnya marah padaku, bukan?"


Aku sekadar diam. Dan menjeling geram.


"Hati-hati, nanti matamu juling!" usiknya.


Segaris senyuman pun tidak terlukis di bibirku. Pedulikan!


"Maafkan aku tentang hari itu."Matanya tunak merenung anak mataku. Tajamnya menembus ke jantung!


Aku melarikan pandangan, dan sedikit terpinga. "Maaf? Tentang apa?" Baki donat di tangan, aku suapkan ke mulut. Gula yang melekat pada jari kukesat dengan sehelai tisu yang sudah keronyok.


"Maafkan aku kerana aku telah berkahwin." Roman mukanya menggambarkan kekesalan.


Aku terperanjat. Eh, kenapa soal ini pula yang ditimbulkan? "Kenapa minta maaf? Salahkah jika berkahwin?" Aku pura-pura berlagak selamba. Mengenang peristiwa bulan sudah ketika aku keluar ke pusat membeli-belah. Niat di hati mahu mencari hadiah hari jadi untuk teman baikku, Suraya. Jadi, aku keluar seorang diri. Dan Tuhan telah memperlihatkan kepadaku pada hari itu, dia sedang mendukung seorang bayi sambil tangan kirinya memegang tangan seorang wanita kecil molek. Mata kami bertembung. Dan dia kaget. Gelabah.


"Aku tahu hatimu, Hilwah. Takkan kau telah lupakan segala kenangan kita di bangku sekolah?" Tampangku tertampan di kornea matanya, tidak mahu lepas-lepas. Aku kalah pada renungan itu, lalu mengalih pandang kepada cawan putih di hadapanku, berenang di dalam cairan kopi yang hitam pekat.


Semilir kenangan kembali berhembus di ranting ingatan. Dahulunya, dia seniorku ketika di bangku sekolah menengah. Aku masih ingat, setiap kali tiba waktu rehat, pasti dia dan beberapa teman baiknya akan datang ke kelasku. Mengintai-intai gerakku. Sepi tanpa suara, dan langsung tiada usikan. Juga tiada surat cinta. Hanya pandangan mata berbicara. Tetapi itu tidak lama kerana dia berpeluang menyambung pengajian di universiti, sedangkan aku masih di tingkatan dua. Segala yang pernah berlaku terus lesap dikaburi cita-cita masa depan.


"Masakan aku lupa, Is. Tapi kita tak punya apa-apa hubungan aku kira. Sekadar rasa di hati. Setiap manusia pasti punya naluri demikian. Itu fitrah." Kopi sudah suam. Aku meneguk sekali. Rasa pahit di tekak tiba-tiba.


"Tapi aku tahu, kau masih miliki rasa terhadapku hingga saat ini. Jangan kau nafikan, Hilwah." Kening lebatnya bertaut. Renungannya tajam.


"Is, aku minta diri dulu. Majlis dah nak mula." Aku gesit berdiri sambil mencapai beg tangan berona coklat di atas meja beralas cadar merah jambu. Sekonyong-konyong, beg tangan itu terasa seperti tersangkut pada sesuatu. Berat. Aku memandang sekilas. Dia menarik beg tanganku!


"Kenapa ni, Is?"


"Aku tetap tahu hatimu biarpun kau diam atau tidak mengakui. Aku tahu, Hilwah..." Beg tanganku dilepaskan. Dan aku berlalu dengan mengusung hati yang libang-libu.


Aku sengaja sign in ke Yahoo Messenger dengan status available. Tumpuanku tidak pula ke situ. Tanganku cekatan menaip sebuah artikel untuk dipos ke blog yang aku kira sudah semakin semak dan bersawang akibat tidak dikemaskini beberapa lama.


Buzz! Aku terperanjat. Melihat tetingkap Camar Senja terpapar di skrin komputer riba.


"Hilwah, aku tetap bertegas mengatakan karier pensyarah adalah lebih baik berbanding guru!"


Batinku serasa berasap mendengar kenyataan itu. "Kau ni kenapa, Is? Tanpa salam, terus saja redah cakap merapu-rapu!" Aku sedikit radang.


"Kenapa, kau tiada hujah untuk membidas kenyataanku itu? Kerana ia benar, bukan?"


" Tidak! Tak kuasa aku nak melayan kerenah kau yang entah apa-apa. Perasan sangat!" Aku membalas geram.


"Perasan atau kau sebenarnya telah mengaku kalah?" Dia mengirim senyuman ketawa berdekah-dekah. Aku kian hangat. Kugenggam jari-jemari dan berderap-derup bunyinya. Segera ku taip, "Kau tahu, aku pernah membaca ungkapan ini 'kemenangan yang sebenar adalah dengan mengaku kalah'. Ertinya, aku menang lantaran tidak mahu berbalah dengan kau!"


"Tidak. Kau tidak menang selagi tidak dapat mematahkan hujahku... Bagi aku, kerjaya guru layak dipohon oleh sesiapa saja, hatta tukang kebun!"


Ini sudah melampau! Tuduhan melulu tidak berasas. Pasti sengaja mahu menaikkan darahku. "Eh, kau ni betul-betulkah pensyarah? Jangan cakap melulu saja. Kau tak tahukah, untuk menjadi guru perlukan pengetahuan pedagogi. Serba-serbi tentang dunia pendidikan kena tahu. Dan aku rasa, kau juga tidak punya pengetahuan pedagogi! Menurutku, untuk menjadi pensyarah tidak semestinya perlukan pengetahuan itu." Aku berhenti sejenak. Berfikir dalam-dalam sebelum meneruskan. "Tukang kebun dengan dunia tukang kebunlah. Jika tukang kebun kurang arif tentang dunia guru, kita pun serupa. Kurang dari segi ilmu perkebunan. Bukankah kita ini saling lengkap-melengkapi. Ha, jangan kau nak hina tukang kebun pula! Ingat, datukmu dahulu tukang kebun juga!" Aku sengaja melemparkan paku buah keras.


"Ahh!! Kau jangan nak kaitkan dengan datuk aku pula."


Aku sengaja tidak membalas. Malas sungguh mahu melayan sikapnya yang keanak-anakan itu, sedangkan hakikatnya sudah pun menjadi bapa orang.


Buzz! "Kalau kau perhatikan, guru sering tidak ke mana-mana. Di takuk itu jugalah, tak berubah-ubah sampai pencen! Cuba kau lihat pensyarah. Lepas dapat M.A. sambung Ph.D pula. Kemudian sambung lagi, dan lagi. Aku kira, hanya golongan pensyarah yang mentradisikan pembelajaran sepanjang hayat."


Aku naik jelek. Rasa meluat meluap-luap dalam dada. "Aku tak faham kenapa kau terlalu ghairah untuk mengangkat kedudukan kerjaya sendiri." Anak rambut jatuh berjuntaian di dahi. Gesit aku menyelit di belakang telinga. "Hmm, bagi aku, pembelajaran sepanjang hayat bukanlah mesti melalui proses formal semata. Bukan sekadar belajar daripada buku-buku, teori atau kajian ilmiah, bahkan dari kehidupan dan pengalaman itu sendiri. Cuba kau lihat golongan lama di kampung-kampung. Mendengar kuliah ilmu di masjid-masjid, menadah kitab di pondok-pondok, belajar sesuatu melalui pemerhatian dan renungan terhadap alam, itukan juga suatu pembelajaran, meski tidak formal. Tidak perlu berpangkat pensyarah atau berlenggang bawa 'telinga' masuk ke dewan kuliah baru boleh dikatakan sebagai belajar. Kehidupan ini madrasah, Is. Sekolah. Kita sentiasa belajar daripada sekolah hidup..." Aku menyudahkan rangkaian ayat-ayat tersebut dengan senyuman puas.


Camar Senja is typing a message. "Ya, baiklah. Aku setuju. Tapi apa pendapat kau tentang karier guru? Guru dengan pensyarah; mana lebih baik?"


"Is, aku takkan menghukum mana yang lebih baik. Masing-masing ada kurang lebih tersendiri. Misalnya, jika kau katakan pensyarah itu lebih baik, alasannya mungkin kerana tangga gajinya yang lebih tinggi, ruang kerja yang lebih kondusif dan eksklusif. Gelar 'pensyarah' itu sendiri sudah kedengaran gah berbanding guru."


"Akhirnya kau mengaku juga..."


"Aku belum habis, Is. Sudah aku katakan, aku tidak berpihak kepada mana-mana. Selama ini pun, aku langsung tidak pernah terfikir untuk membandingkan di antara dua kerjaya itu, atau kerjaya-kerjaya lain juga. Apa yang penting, setiap pekerjaan itu niatkan ikhlas kerana Allah. Di situlah nilainya."


"Aku tetap mahu penjelasan kau tentang karier guru."


Aku mendengus marah. Genggaman penumbuk aku acukan ke skrin komputer. Geram. "Kau ni degil ya? Bapa yang sungguh degil! Kelak, anak-anakmu akan mewarisi kedegilan itu."


"Teruskan saja... Aku ini bapa muda, tahu?"


Aku mencebik. Perasan! Jari-jemariku kembali menekan-nekan papan kekunci. Menaip pantas. "Baiklah. Secara peribadi, karier guru bagiku lebih mulia berbanding pensyarah. Bukan mudah untuk menjadi guru, Is. Tapi jika mahu jadi pensyarah, serasaku lebih senang. Gelarnya juga pensyarah. Masuk ke dewan kuliah, bersyarahlah semata tanpa terlalu menitikberatkan sama ada pelajar faham apa tidak. Guru sebaliknya. Dia harus 'menyuap' pelajar ketika pelajar itu masih kosong. Tidak punya sebarang asas pembelajaran. Jadi, mana lebih susah?"


"Pelajar universiti kan sudah dewasa. Bisa hidup mandiri. Tidak perlu 'disuap' lagi..." Dia tiba-tiba mencelah.


"Tunggulah aku habiskan ayat, Is. Kata mahu dengar hujahku."


Dia mengirimi senyuman malu tersipi-sipu. "Okey, okey..."


"Kau harus tahu. Guru turut berperanan sebagai ibu dan ayah kedua selain mengajar. Misalan yang dapat aku bawa, ada sebahagian guru di pedalaman yang terpaksa memandikan pelajar dan bedakkan mereka sebelum pengajaran bemula. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut tidak pernah mandi pagi. Lantaran itu, memandikan mereka merupakan salah satu pendekatan untuk memberitahu mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri." Jeda memanipulasi. Fikiranku ligat berputar, bagai roda di atas jalan. Aku meneruskan. "Malah, guru lebih dekat dengan pelajar jika dibandingkan dengan pensyarah. Pelajar tidak segan silu untuk bertemu guru tentang apa juga permasalahan, hatta maslah peribadi. Hal sebalknya berlaku kepada pensyarah. Pensyarah dengan pelajarnya seolah-olah ada jurang yang lebar membataskan hubungan kedua-duanya untuk lebih hampir. Mungkin kerana taraf atau status pensyarah itu yang dipandang eksklusif, kononnya..."


Tiada balasan. Sepi. Aku melihat statusnya: Offline. Aku mengeluh. 'Merajukkah orang tua ni?' Aku yang sejak awal malas mahu melayan fiilnya terus hanyut dalam timbunan buku-buku dan abjad-abjad di skrin komputer.


Kafe Fakulti Pendidikan lengang, tidak ramai pelanggan. Aku terus menghirup bihun sup yang masih panas berasap. Lapar mencucuk-cucuk sehingga aku tidak lagi pedulikan tampang di hadapanku.


Dia tersenyum. "Bagus juga hujah kau semalam, Hilwah. Maaf, aku terpaksa sign out sebab ada hal mengejut. "Dia sekadar menghirup teh O ais limau menerusi straw berjalur putih jingga di atas meja tanpa alas.


"Kenapa? Anak meragam? Atau isteri merajuk melihat suami berchatting dengan perempuan lain?" Aku sengaja mencucuk. Mahu melihat riak muka.


Dia ketawa anak. Mukanya merah. "Ke situ pula fikiranmu." Dia menyambung tawa.


Aku mengerling dengan ekor mata. Lidah tiba-tiba rasa melecur dek bihun yang panas. Segera kuteguk sirap limau yang sudah sedikit cair ketulan aisnya.


"Aku sayangkan kau, Hilwah."


Aku melatah terkejut. Telinga turut berdesing. "Kau nampak longkang tu?" Telunjukku menuding ke arah longkang yang tidak jauh dari tempat kami berada. Dia membuang pandang mengikut arah telunjukku. "Buang sayangmu di situ!"


"Kau menghina aku, Hilwah?"


"Tidak. Aku bukan menghina. Tapi sayangmu tidak berhak untukku."


"Kenapa?"

"Jangan jadi bodoh. Kau punya anak dan isteri. Beri sayangmu kepada mereka."


Mukanya memerah. Menahan malu barangkali. Tapi biarlah aku pasakkan ketegasan di hadapan lelaki ini.


"Is, aku ini hanyalah seorang bakal guru... Kata orang dulu-dulu; enggang terbang bersama enggang. Pipit dengan pipit mengepak bersama..."


Seleraku sudah patah. Aku tinggalkan mangkuk bihun yang masih berbaki sedikit sambil direnung hampa olehnya. Hatiku sendiri kosong.

iluvislam.com
nukilan : nur fazlin
Sumber : Buku Tawajuh Cinta oleh Juwairiah Md. Jamil
Editor : raidah

10 August 2010

Ustaz Azhar 2010 - Meluahkan Perasaan Cinta

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1431H...semoga Ramadhan kali memberi seribu makna kepada kita sebagai umat-Nya... mudah2an segala amalan kita diterima. InsyaAllah.

10 Ogos 2010 /29 Syaaban 1431H

Hari ni jadual hidupku ke kelas pengurusan nilai.Tapi,kali ni buat dekat perpustakaan sultanah Bahiyah uum. Mencari bahan untuk presentation minggu dpn. Kami kena buat tajuk value management process(VMS). Punya la geram tadi,webopac xleh guna, xdpt nk connect. Last2 sekali cari kat google je. Bahan dah dapat,mgkn malam ni la nak buat. banyak betul assignment nak kena hantar sebelum cuti raya ni....Rajinkan diri anda wahai hidayah..hihihi.Esok dah nak puasa ni, kena tingkatkan amalan di bulan ramadhan ni.mudah2an segala amalan diterima oleh-Nya. Dalam jam 5.30 ptg ni nak pi PKP. Ada meting program bakti siswa bersama presiden2 persatuan COB.insyaAllah buat kat kelantan bln hadapan.

08 August 2010

"Kalau tak suka Pulangkan!"

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama. kisah ini telah di send ke email saya. tersentuh hati saya bila membacanya..

**************************
**

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.


"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.


Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.


"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.


Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.


"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.


Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.


"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak.


Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.


"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.


"Fail saya kat depan tu mana?"


"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."


"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.




Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.


"Laila..." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


"Saya nak ke out station minggu depan."


"Lama?" Soal Laila.


"Dalam seminggu."


"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"


"Budak-budak?"


"Ikut jugalah."


"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok


masa kat Legacy dulu tu..."


"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih

berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat.



Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku.




Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.



"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan

sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!



Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.




Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.


"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar ... abah ambik bagi kamu!"


"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka

pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"


Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..




"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."




"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil

tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa nipekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.


"Awak masak apa?"


"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.


"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"


"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.


"Keluar!"


"Mama dah masak Pa!"


"Awak saja makan!"


"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"


Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marahma?"



Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"


Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.


"Laila.." serunya


"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.


"Sunyi pulak rumah ni mak,"


"Lama-lama kau biasalah."


Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa

terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari

outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."


"Tak ada lah?"


"Ingat papa ni cop duit?"


Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.


Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"


Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.


"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.


Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.


"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.


Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.


"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"


Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.


"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang

bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.


Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya.




Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.


"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah.




Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.


Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh.




Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.


Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.


"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.

"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila.



Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.



"Laila..." "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia

tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


"Ikut boleh?"


"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya

terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "


"Papa pesanlah.."


"Nantilah besar sikit." Dalihnya.


"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."


"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"


Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."


"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit

boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.


"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak

cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka.




Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila.




Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.




Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.


"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras difikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja.




Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.



Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.




Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan.




Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"


Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.



Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.




Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila...


Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.


Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..


Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya.



Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk, bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan.


***Ambil lah iktibar.....

07 August 2010

SURAT UNTUK CALON ISTERIKU....

Assalamualaikum wr.wb

Untuk Bunda,,calon istriku….

Tangan ini mau menulis sesuatu tentang apa yang ada di lubuk hati ku. Aku mulai tertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebagian agamanya. Sering kali aku mendengar bahwa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

*******

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya arti kalimat itu karena di liputi oleh hawa nafsu. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku,baru saat ini aku mengerti bahwa pada suatu hari NANTI aku harus mengambil satu TANGGUNGJAWAB yang memang diciptakan khusus untuk diriku, yaitu DIRIMU. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizkal, spiritual dan juga intelektual untuk BERTEMU denganmu.

*******

Aku mau pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu meskipun pada hakekatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Aku mencoba mempelajari arti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku coba membatasi hubungan pembicaraan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting karena aku risau aku menceritakan rahasia diriku kepadanya karena seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah SEBAGIAN DARIKU dan hak bagimu untuk mengetahui segala lahir dan batin diriku ini.

*******

Apabila aku memakai kopiah, aku disangka ustad. Diriku memakai jubah, disangka syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf disangka dai. Bukan itu yang aku pinta karena aku hanya mengharapkan keridhoan Allah. Yang aku takuti, diriku mulai didekati oleh wanita karena perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berjilbab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku.
Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “
“Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

*******

Jiwa remaja ku ini mulai mencari cinta menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia MENUNGGU diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

*******

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku liat dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku akan MELAMARMU, akan ku lihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

*******

“Nikahilah wanita karena empat perkara” keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih AGAMA engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pembatas diri kita. Akan ku jadikan AKAD NIKAH itu sebagai cap HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan PERNIKAHAN yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

*******

Dari Ayah,calon suamimu…
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

dr teman fb

Muslimah Memang tak Guna

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.




7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A



:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan
::

(di forward dari iluvislam.com..)

__________________
" Hai, jiwa yg tenang. kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-ku. dan masuklah ke dalam syurga-ku" (al-fajr:27-30)

7 ogos 2010 (sabtu)

ingatkn hari ni nak siapkan assignment TAPI....hu
ttp mood mls la pulak...hehe.
kene buat literature review ttg multi level marketing.ambik tajuk MLM mengikut syariah.
minggu ni gak kene siapkan. esok lak nak hantar proposal kertas projek.banyak betul assignment minggu ni la.

1st day

keinginan membuat blog hasil dari pemerhatian blog sahabat2..
alhamulillah,berjaya juga akhirnya...kepada kawan2 sila la bg komen atau cadangan dlm blog ni.
insyaAllah,akan ada pembaharuan dari semasa ke semasa